Lebih sembilan tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyampai radio Siti Elizad tidak dapat menahan sebak mengenangkan pelbagai usaha yang telah dilakukan demi mendapatkan zuriat.
Dengan linangan air mata, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 39 tahun, berkata tidak semua orang dapat memahami dan mengetahui segala kepayahan yang dilalui sepanjang berikhtiar untuk mendapatkan anak selama ini.





