Selain daripada program Raudhatul Quran 5M (Membaca, Menulis, Menghafal, Memahami dan Menghayati Al-Quran), Masjid Ar-Raudhah turut menawarkan Kursus Pengajian Tinggi Separuh Masa sebagai agenda memperkasa pengetahuan agama, mempertingkat akidah dan memperbaiki akhlak masyarakat.
Menurut Ketua Jabatan Al-Quran dan Madrasah Masjid Ar-Raudhah, Ustazah Zakiah Abdul Razak, penyertaan kursus ini dibuka kepada golongan belia, orang dewasa dan warga emas yang berminat untuk...





