Dua lagi lulusan madrasah sepenuh masa menerima Biasiswa Syed Isa Semait (SISS) untuk memburu ijazah pertama mereka dalam pengajian Islam di luar negara.
Mereka ialah lulusan Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Cik Haninah Rehan, 19 tahun, yang berminat menceburi bidang bahasa dan sastera Arab, serta lulusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Cik Siti Nur Fatimah Abdul Rashid, 19 tahun, yang mahu mendalami bidang fiqah.





