Agensi air negara PUB telah menyelesaikan kerja terowong untuk fasa kedua Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) pada Isnin.
Perkembangan ini akan membawa PUB selangkah lebih dekat untuk menyiapkan secara penuh infrastruktur utama air terpakai yang bertujuan menambah baik kitar semula air dan meningkatkan kemampanan air jangka panjang Singapura, kata agensi air negara itu dalam satu kenyataan pada Isnin.





