SYDNEY: Kapten Olga Carmona menjadi wira pasukan dengan gol kemenangannya pada separuh pertama ketika Sepanyol memenangi Piala Dunia Wanita sulung mereka dengan menewaskan England 1-0 dalam final di depan 75,784 penyokong di Stadium Australia pada Ahad.
La Roja (gelaran pasukan Sepanyol), yang tanpa beberapa bakat terbaik mereka yang menentang jurulatih Jorge Vilda beberapa bulan lalu dan dibelasah 0-4 oleh Jepun...





