Badan-badan dan masyarakat Melayu/Islam telah sama-sama menyertai serta menyumbang secara aktif dalam usaha pendekatan ‘Melakar Hala Tuju Singapura’ atau Forward SG, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Dalam ucapan bahasa Melayu beliau semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad, Encik Lee turut menekankan perlunya memperkukuh semangat dalam kalangan rakyat Singapura bagi membina masyarakat lebih inklusif.





