Jeritan “Allah” yang “mungkin lebih daripada 14 harakat dan hingga ke blok sebelah” menjadi reaksi penulis tempatan, Cik Rohani Din ketika mendapat e-mel daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) yang memaklumkan tentang sumbangan hampir tiga dekadnya dalam menghasilkan sastera Melayu telah mendapat penghormatan.
Cik Rohani, 70 tahun, telah menerima Anugerah Adijasawan Sastera oleh MBMS dalam acara Hari Majlis Sastera Asia...





