Mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun, yang layak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2023, berkata beliau bimbang kerana mendakwa kempennya menjadi mangsa serangan berniat jahat, yang telah menjejas beliau serta keluarga dan rakan-rakannya.
Semasa bercakap kepada media sebelum lawatannya ke Pasar Kovan pada Jumaat, Encik Tan berkata beliau melihat beberapa orang menyerangnya secara jahat...





