Lebih ramai orang Melayu kini terbuka mencuba rawatan perubatan tradisional Cina (TCM) bagi menangani masalah kesihatan dan kesejahteraan yang dialami.
Beberapa individu yang dihubungi Berita Minggu (BM) berkongsi bahawa mereka memilih rawatan TCM kerana mendapati ia lebih mujarab dalam menangani masalah kesihatan mereka untuk jangka panjang, keengganan bergantung pada ubat-ubatan moden untuk tempoh lama dan keinginan mendapatkan rawatan semula jadi...





