Usaha mempertingkat bekalan darah di Singapura dan menggalakkan lebih ramai orang menderma menyaksikan sebuah pusat derma darah baru dibuka di hab bersepadu One Punggol.
Langkah itu selaras dengan strategi Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menempatkan bank darah dekat tempat orang ramai tinggal, bekerja, belajar dan bermain supaya ia dapat menarik lebih ramai penderma, terutama belia, demi memenuhi permintaan lebih tinggi.





