KHARTOUM: Lebih sejuta orang telah melarikan diri dari Sudan ke negara jiran sementara penduduk negara itu semakin kehabisan makanan dan ramai yang mati akibat kekurangan penjagaan kesihatan selepas empat bulan konflik melanda, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.
Pertempuran antara tentera Sudan dengan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera telah memusnahkan ibu kota Khartoum dan mencetuskan serangan berdasarkan etnik...





