YANGON: Pihak berkuasa Myanmar telah menahan hampir 150 orang Rohingya yang disyaki cuba melarikan diri dari negara itu, kata seorang pegawai pada Selasa.
Orang Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam, dilihat di Myanmar sebagai pendatang dari Bangladesh. Mereka dinafikan kewarganegaraan dan memerlukan kebenaran untuk melakukan perjalanan.





