Siti Marina Ajmain
Sudah terlalu lama dia memendam rahsia itu. Perit sungguh rasanya menanggung bebanan memikulnya ke mana sahaja dia pergi. Serba-serbi tidak mengena. Hidupnya dihantui kegusaran semenjak membawa rahsia itu ke merata tempat, bagaikan ada saka yang mengekori dan menguasai dirinya sepanjang detik. Semakin hari rahsia itu semakin menghimpit dadanya sehingga saluran pernafasannya rasa tersekat. Sudah dia cuba untuk...





