Perkhidmatan awam memainkan peranan penting dalam memastikan Singapura kekal bersatu untuk menghadapi cabaran sukar pada masa akan datang yang akan menjejas rakyat dalam pelbagai cara, kata Presiden Halimah Yacob.
Beliau juga berkata setiap warga Singapura boleh membentuk masa depan negara, terutamanya pemegang Biasiswa Presiden, yang harus membina keupayaan menyatukan negara supaya mereka dapat memimpin dan menjadi sumber inspirasi bagi generasi...





