Pelakon Malaysia, Zara Zya membuat dua laporan polis yang masing-masing berkaitan wajahnya digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk penipuan serta gangguan seksual oleh seorang individu tidak dikenali.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkongsi dua laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam pada Sabtu.





