Pembaca wadah digital menggunakan laman dan aplikasi digital Berita Harian (BH) dapat membaca laporan berbayar akhbar ini secara percuma sempena Bulan Bahasa yang sedang berlangsung.
“Ini memberi pembaca peluang menikmati semua laporan menarik kami sejajar juga dengan usaha kami memartabatkan bahasa Melayu,’’ kata Editor Berita Harian, Encik Nazry Mokhtar.





