Sejak muda, jiwa Cik Yong Rafidah Mohamed Nor, kini 56 tahun, cukup dekat dengan kanak-kanak.
Beliau pernah menghabiskan 12 tahun di Selangor, Malaysia, berjauhan daripada keluarga demi menguruskan taman asuhan kanak-kanak atau taska dan tadika yang dibangunkannya sendiri dari 2005 hingga 2016. Azamnya ketika itu ialah mendidik ibu bapa muda agar memberi didikan awal kepada anak-anak menerusi program-program tersusun.





