Bakal calon presiden, Encik Tan Kin Lian, berharap 2023 adalah tahun bertuah untuknya, apabila beliau berhasrat “memainkan peranan aktif” dalam melaksanakan dua tanggungjawab penting selaku Presiden Singapura, iaitu melindungi rizab Singapura dan mengekalkan kewibawaan pelantikan peringkat tertinggi dalam perkhidmatan awam.
Melebihi dua tanggungjawab perlembagaan ini, Encik Tan, 75 tahun, yang pernah tewas dalam Pilihan Raya Presiden 2011, menyasarkan untuk memberi...





