MANILA: Filipina akan menghantar lebih banyak bekalan ke pos terpencil di sebuah terumbu di Laut China Selatan yang dipertikai seawal minggu depan, kata seorang komander tentera pada Khamis, beberapa hari selepas sebuah bot China mengganggu penghantaran bekalan.
Misi bekalan semula Sabtu lalu tidak dapat memunggah semua kargonya selepas kapal pengawal pantai China menyekat dan melepaskan meriam air ke arah kapal...





