JEDDAH: Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi Arab Saudi telah menamakan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais sebagai ketua Pejabat Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang bertaraf menteri.
Beliau juga melantik Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah, sebagai pengerusi lembaga pengarah Pihak Berkuasa Umum bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.





