Piala Lion City, kali terakhir diadakan pada 2015, akan kembali bagi edisi ke-27 pada September dan akan disertai empat pasukan – Selangor FC dari Malaysia; BG Pathum (Thailand); Borneo FC (Indonesia) dan pasukan bawah-15 tahun pusat Pembangunan Nasional (Singapura).
Bermula pada 1977, pertandingan itu bertujuan membentuk dan membangunkan bakat bola sepak muda.





