LONDON: Liga Perdana sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran peraturan kewangan di Chelsea di bawah pemilikan Roman Abramovich, kata Ketua Pegawai Eksekutif Richard Masters kepada akhbar The Times, Britain pada Rabu.
Abramovich menjual kelab itu tahun lalu kepada kumpulan pelaburan yang dipimpin peniaga Amerika, Todd Boehly, dan Clearlake Capital setelah asetnya di Britain dibekukan oleh pemerintah United Kingdom (UK) menyusuli pencerobohan negaranya...





