Empat penduduk Singapura telah dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang (DSO), salah satu penghormatan tertinggi Singapura, atas sumbangan kepada negara.
Mereka adalah antara 6,598 individu yang menerima penghormatan Hari Kebangsaan, seperti Bintang Bakti Masyarakat, Pingat Pentadbiran Awam dan Pingat Bakti Setia pada 2023.





