Keluarga Cik Nur Surya Emelya Mohamad Imran, 22 tahun, yang cedera parah akibat satu kemalangan jalan raya di Johor Bahru pada Jumaat merayu agar saksi kejadian dapat tampil untuk memberi maklumat.
Teman beliau, Allahyarham Mohamad Ilyas Ilyasa Mohamad Ismadi, 22 tahun, terkorban apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan lori treler berhampiran batu tanda 9.5 kilometer di lebuh raya...





