Selama dua hari berturut-turut, Teater Sands di Marina Bay Sands sarat dengan pencinta muzik rok yang dewasa dengan muzik kumpulan dari Amerika, Mr. Big.
Si bapa yang ingin mengajar erti muzik rok sejati kepada anak bujangnya datang dengan kemeja-T hitam rasmi Mr. Big. Sekumpulan kawan sekolah berkumpul semula untuk mengenang zaman persekolahan mendengar lagu rancak dan balada cinta malar segar...





