Pelakon popular, pengacara dan penyanyi Alif Satar bakal menggegarkan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang bertempat di Menara Berkembar Petronas KLCC, Malaysia.
Alif, 32 tahun, akan beraksi bersama kumpulan The Locos dalam konsert yang dinamakan Lochestra: Alif Satar & The Locos dan turut diiringi oleh barisan pemuzik orkestra berpengalaman daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di bawah pimpinan pengarah muzik mapan, Ahmad...





