Berita Harian sering menghidangkan berita-berita dan rencana berkaitan wanita namun ruangan khusus untuk kaum Hawa memang sudah agak lama tidak muncul di akhbar ini.
Ruangan WHe, ringkasan bagi Wanita Hebat dilancarkan pada hari ini dan akan menemui pembaca setiap Rabu, sebagai wadah khusus yang memberi sorotan kepada perkembangan dunia wanita, yang jelas memainkan peranan menyerlah dalam pelbagai bidang dan berkembang...





