Dekat gerbang masuk Masjid Sultan sesudah Muscat Street kini terdapat sebuah mural baru setinggi tiga tingkat yang merakam kehidupan di Kampong Gelam pada zaman lampau.
Mural pemandangan daripada kedai buku Pustaka Haji Muhammad Said kepada penjual satay dan sekumpulan gadis yang menonton wayang kulit di tepi jalan itu sedang disiapkan pelukis tempatan Yip Yew Chong.





