Menceburi sukan bola jaring secara profesional tidak menghambat Aqilah Andin untuk memainkan peranan sebagai seorang ibu, namun beliau akur sokongan keluarga memainkan peranan untuk beliau meneruskan langkah.
Sebelum ini akhbar melaporkan beliau menyambung semula program kekuatan fizikalnya sebulan selepas bersalin dan kembali ke latihan gelanggang bersama kelabnya Swifts Barracudas beberapa minggu selepas itu.





