Kucing berwarna kelabu berusia empat tahun ini merupakan salah satu sumber kebahagian sebuah keluarga dua beranak. Namun kebahagiaan itu mula pudar apabila kucing pemeliharaan mereka itu bernama Rizqi tiba-tiba sakit teruk baru-baru ini.
Rizqi, seekor kucing jenis Scottish Fold disahkan menghidap anemia atau kekurangan darah peringkat kritikal hingga memerlukan pemindahan darah.





