Jauh perjalanan, luas pemandangan. Di kala kaki sudah lemah longlai dek banyak berjalan selama lebih lima jam keliling Batam, diajaknya teman ke destinasi wajib buat sesiapa yang singgah ke Batam.
Di sinilah letaknya Jambatan Barelang sepanjang 642 meter yang merupakan singkatan Batam, Rempang dan Galang (Barelang). Enam jambatan yang dibina pada 1997 ini menghubungkan tiga kepuluan daerah Riau ini.





