PETALING JAYA: Rakyat Malaysia lebih bimbang tentang peningkatan kos sara hidup daripada potensi “gelombang hijau” atau kebangkitan ekstremisme, menurut Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP).
Badan pemikir itu menyatakan keupayaan untuk bertahan di tengah-tengah pendapatan yang tidak stabil dan perbelanjaan semakin meningkat, adalah menjadi kebimbangan utama dalam kalangan kebanyakan rakyat Malaysia kerana kenaikan harga barangan dan makanan dijangkakan dalam...





