OTTAWA: Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, dan isterinya, Cik Sophie Gregoire, berkata pada Rabu bahawa mereka akan berpisah. Pengumuman yang tidak dijangkakan itu sekali gus menandakan berakhirnya perkahwinan berprofil tinggi selama 18 tahun pasangan itu.
Pasangan itu telah bercakap terus terang pada masa lalu tentang kesukaran dalam hubungan mereka dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat kurang kerap bersama...





