Tindakan kelab-kelab Liga Pro Saudi yang menggunakan gaji lumayan untuk memikat pemain utama dari Eropah untuk beraksi di Arab Saudi adalah satu ‘pengaruh buruk’ dan perlu ditangani, kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.
Beliau juga berkata tempoh pemindahan pemain yang dibuka lebih lama di Saudi berbanding di Eropah juga tidak membantu keadaan dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) harus campur...





