Sebagai pencinta buku, Cik Nursha Ismail berkata beliau sering menyumbangkan masa sebagai relawan bersama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)
Kini, selepas dilantik menjadi Duta Bahasa, Cik Nursha, yang bertugas sebagai penyampai dan penerbit berita di BERITA Mediacorp, berharap dapat memberi inspirasi kepada belia dan membantu mereka menanam sifat minat membaca. Beliau juga ingin menggalak penggunaan Bahasa Melayu.





