Mereka yang mengambil penerbangan bersama Jetstar Asia kini berpeluang beramal dengan membeli produk yang direka khas oleh golongan berkeperluan khas dari pusat pendidikan My Inspiring Journey (MIJ) Hub.
Mulai 1 Ogos hingga 30 Oktober ini, orang ramai akan dapat membeli satu bungkusan ‘Peek-a-Box’ bernilai $10 bagi kanak-kanak, yang terdiri daripada snek Iced Gems, krayon berbentuk menarik yang dihasilkan lulusan MIJ...





