DERA ISMAIL KHAN (Pakistan): Kumpulan ISIS pada Isnin mengaku bertanggungjawab atas pengeboman berani mati dalam perhimpunan politik di barat laut Pakistan sedang jumlah kematian akibat serangan itu meningkat kepada 45 orang.
Pengebom itu menyerang pada Ahad ketika perhimpunan anjuran parti konservatif Jamiat Ulama Islam-Fazl (JUI-F), yang terkenal kerana kaitannya dengan Islam tegar tetapi mengecam militan yang berusaha untuk menggulingkan pemerintah...





