Seorang pekerja maut dalam satu kemalangan di tempat kerja di sebuah tapak binaan Pelabuhan Tuas Fasa 2.
Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pekerja yang dipercayai warga asing itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada kira-kira 9 pagi Sabtu di tapak binaan Next Genaration Port di Tuas.





