UNTUK menggalak lebih ramai orang Melayu menjalani pemeriksaan barah, Persatuan Ain buat kali pertamanya mengadakan sebuah kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peri penting pemeriksaan awal penyakit itu.
Kempen Kesan Awal, Barah Terkawal: Yok Screening! selama tiga bulan itu dilancarkan pada Ahad di Wisma Geylang Serai oleh Presiden Halimah Yacob, yang juga penaung persatuan tersebut.





