Kritikan Encik Lee Hsien Yang terhadap kepimpinan abangnya, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, adalah satu percubaan menjatuhkan pemerintah dan Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.
Encik Desmond Lee juga berkata beliau sedih Encik Lee Hsien Yang menggunakan kepalsuan untuk menyerang abangnya, Encik Lee, yang “telah menyerahkan jiwa raganya untuk berkhidmat kepada Singapura”.





