BANGKOK: Kabinet Thailand meluluskan cuti umum tambahan pada 31 Julai untuk menetapkan rehat enam hari bagi kebanyakan pekerja dalam usaha merangsang pelancongan dan perbelanjaan domestik.
Cuti tambahan itu akan memastikan sektor awam dan swasta ditutup antara 28 Julai dengan 2 Ogos, kata timbalan jurucakap kerajaan, Cik Rachada Dhnadirek, dalam satu kenyataan pada Selasa.





