CASCAIS (Portugal): Dengan dibantu penduduk tempatan, ratusan anggota bomba Portugal bergegas pada Selasa untuk memadamkan api yang melanda taman semula jadi berhampiran destinasi percutian popular Cascais, dengan angin kencang merumitkan usaha menangani kebakaran.
Kebakaran hutan bermula di kawasan pergunungan yang merupakan sebahagian daripada taman semula jadi Sintra-Cascais, yang meliputi kawasan sekitar 145 kilometer persegi dan terletak di barat ibu kota...





