KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata pada Selasa bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dengan rasuah atau pengkhianatan dalam hal ehwal negara, sedang negara itu bergelut mencari cara untuk mempertahankan diri daripada penceroboh Russia.
Encik Zelensky membuat rayuan antirasuah dalam ucapan video setiap malamnya, ketika dua kes penting terbongkar – penahanan seorang pegawai pengambilan tentera yang dituduh melakukan penyelewengan...





