Masjid Jamae Chulia yang terletak di South Bridge Road sedang giat melaksanakan projek naik taraf yang dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini. Bagi memastikan projek berjalan lancar, pihak masjid amat memerlukan sokongan dan sumbangan daripada masyarakat.
Dikenali sebagai ‘Periya Palli’, atau Masjid Besar dalam bahasa Tamil, Masjid Jamae Chulia ini berusia 197 tahun. Ia juga telah diwartakan sebagai Monumen...





