Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied dan naib pengerusi Parti Pekerja (WP) Encik Faisal Manap dimasukkan ke hospital pada malam Isnin akibat penyakit jantung.
WP berkata pada Selasa bahawa Encik Faisal berada dalam keadaan sedar dan stabil. Beliau sedang dipantau dan dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU).





