BAITULMAKDIS: Parlimen Israel pada Isnin meluluskan rang undang-undang pertama rombakan kehakiman yang diajukan oleh Perdana Menteri Encik Benjamin Netanyahu, selepas usaha tolak ansur terakhir gagal dan tidak dapat meredakan krisis perlembagaan yang menggemparkan negara selama berbulan-bulan.
Pindaan yang mengehadkan kuasa Mahkamah Agung untuk membatalkan beberapa keputusan pemerintah jika ia menganggapnya “tidak munasabah” diluluskan dengan undian 64 berbanding 0 selepas pembangkang...





