Bagi merapatkan lagi hubungan anggota masyarakat berbilang bangsa, Masjid Ar-Raudhah menganjurkan kembara ‘Bas Harmoni’ buat julung-julung kalinya sempena sambutan Hari Keharmonian Kaum pada 20 Julai lalu. Kembara itu bertemakan ‘Lita’arafu’, istilah bahasa Arab bermaksud ‘saling mengenali satu sama lain’.
“Sejak tiga tahun lalu, pada setiap Hari Keharmonian Kaum yang jatuh pada 21 Julai, Masjid Ar-Raudhah mengundang pemimpin dan kakitangan pelbagai...





