Ketua Eksekutif Hong Kong, Encik John Lee, dan Perdana Menteri (PM) Singapura, Encik Lee Hsien Loong, mengesahkan semula hubungan “rapat dan lama” antara kedua-dua bandar global itu.
Dalam satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin, PM Lee melahirkan keyakinan terhadap pembangunan dan kemakmuran Hong Kong yang berterusan di bawah rangka kerja “Satu Negara, Dua Sistem”.





