Apabila anggota bomba memasuki flat yang sedang terbakar pada Rabu, mereka mengikuti suara jeritan meminta tolong untuk mengesan satu keluarga sedang bersembunyi di dalam bilik tidur di flat lima bilik mereka.
Seorang anggota bomba itu, Sarjan Ketiga (3SG) Rafiqi Hilman, 25 tahun, melihat sepasang suami isteri dan tiga anak mereka sedang berhimpit-himpit, tatkala api marak di dapur.





