Jumlah penyalah guna dadah baru Melayu yang diberkas pada 2021 dan 2022 tidak lagi merangkumi kumpulan terbesar penyalah guna dadah baru keseluruhan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Perkembangan itu menunjukkan kemajuan yang dicapai menerusi usaha seluruh masyarakat untuk menangani dadah, kata Dr Faishal lagi.





